Tuesday, May 25, 2010

Dash! Yonkuro


















Ingat lagi tak siri anime ni yang popular sekitar tahun 90an. Mase tu TAMIYA memang top sampaikan budak budak yang takde TAMIYA memang ketinggalan la. Ade 5 model dalam siri anime ni Dash 1 - Emperor,Dash 2 - Burning Sun,Dash 3 - Shooting Star,Dash 4 - Cannonball,Dash 5 - Dancing Doll. Masa zaman ni kebanyakan shopping complex ade trek untuk test/lumba keta 4WD ni,siap buat pertandingan tu. Semestinya model Dash 1 - Emperor yang paling top,tapi mase tu aku pakai model Cannonball sebab aku minat kat watak si gemuk tu (Pankuro). Antara model TAMIYA yang top zaman tu:

Watak utama: Yonkurou Hinomaru

1. Emperor
2. Super Emperor
3. Great Emperor
4. Liberty Emperor
5. Geo Emperor
6. Formula Horizon
7. Boomerang Jr.
8. Jet Boomerang

Tankuro

1. Hot Shot Jr.
2. Burning Sun
3. Neo Burning Sun
4. Wild Saurus
5. Blazing Sun

Shinkurou Minami

1. Falcon Jr. Custom
2. Shooting Star
3. Super Shooting Star

Pankuro

1. Super Dragon Jr.
2. Cannonball
3. Cannonball Wail

Rinko Sumeragi

1. Hornet Jr.
2. Dancing Doll
3. Dame the Dancing Doll

Sekarang ni TAMIYA dah semakin kurang di minati kanak kanak,yelah PSP,PS3 da ambik alih hobi masa lapang dorang so makin malas la kanak kanak sekarang huhu. Sesiapa yang ada lebih lagi maklumat tentang anime ni sila lah komen. Thanks

Memori zaman kanak kanak







Korang ingat lagi tak Ding Dang,Tora,Jojo tak pun Apollo? Tu semua antara snek kegemaran aku dan kawan kawan sebaya dengan aku sekitar tahun 90an. Bila nampak je babu (mamak jual roti) lalu terus serbu nak beli. Sebenarnya cuma nak tau je hadiah ape yang aku dapat dalam kotak tu,padahal bukan kenyang pun haha. Seingat aku yang ada dalam tu bebola coklat adela dalam 5 biji. Zaman aku kanak kanak dulu,darjah 4 xsilap aku tengah top cite Kesatria Baja Hitam,Ultraman Ace (Hakuto & Minami),Maskman,Flashman,Macross,Sabre Rider & Cybercop. Ni kalau kartun Jepun la,balik je sekolah agama petang terus tercongok depan tv layan hehe..bestnye bila ingat balik. Kartun kartun sekarang ni da tak sehebat kartun dulu. Harapkan prop je menarik tapi jalan cerita hampeh..
Kalau kartun omputih plak He-man,Thundercats,Captain Planet,GI Joe,Transformers,Mask. memang best kartun kartun ni. Selalunya hujung minggu mesti mau layan....siap paw papa aku beli figure die huhu. Bagi aku Thundercats la paling best zaman tu.

Oooo baru ku tau...korang pun kena tau

Moshe Katsav (gambar) adalah Presiden Israel yang ke-8. Isr...ael adalah negara yang ditubuhkan selepas rampasan secara paksa tanah milik rakyat Palestin pada tahun 1948. Rampasan ini dibantu ikhlas oleh PBB yang merupakan Parlimen bagi Zionis. Adalah kemaluan besar bagi negara-negara Islam yang berkecimpung di dalam kroni PBB ini. Hakikatnya, NEW WORLD ORDER telahpun bermula dari situ dalam masa yang sama mereka menunjukkan kemuliaan melalui WHO. Mengapa saya berkata demikian? Mari lihat apa yang saya ada. Tolong jangan jadi BEBAL dengan AF! Lihat berikut:

PBB mempunyai pelbagai organisasi yang mengawal dunia dalam masa yang sama KEMULIAAN mereka tersembul keluar:

1. Program Kawalan Dadah PBB (UNDCP)
2. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
3. Program Makanan Sedunia (WFP)
4. Jawatankuasa Penggunaan Angkasa Lepas Secara Aman PBB (COPUOS)
5. Program HIV/AIDS Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS)
6. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
7. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
8. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
9. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
10. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)
11. Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

Baik, ini adalah yang paling glemer dan sebenarnya banyak lagi. Pertubuhan sebegini sememangnya nampak BAGUS namun bagi yang perasan dan kaji mereka akan tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Sebagai contoh, mereka menyebarkan virus, penyakit dan pandemik untuk menghuru-harakan dunia, kemudian mereka jual pula ubat dan vaksin. Mereka bikin sakit, mereka juga bikin ubat. Namun, perlu diingat sakit itu datangnya dari Allah SWT. Itu hakikat! Namun apa yang saya tulis ini adalah realitinya berlaku di dunia ini. Nak saya bagi contoh lagi? Tak perlu. Anda sudah matang untuk memikirkan langkah seterusnya. Cuba kaji apakah krisis-krisis besar yang telah berlaku.

Namun, saya tangguh sekejap cerita di atas. Apa yang saya tertarik adalah susuk Moshe Katsav ini. Susuk ini sikit sebanyak membantu kajian saya di dalam mengenali Iran. Pada tahun 2005, Presiden Iran yakni Khatami telah hadir di dalam majlis Pemakaman PAUS Johannes Paulus II. Khatami adalah diantara salah seorang daripada 200 pemimpin dunia yang hadir. Di dalam majlis ini juga, Moshe Katsav juga turut hadir. Pada ketika ini berlaku krisis atau pertembungan diantara Moshe Katsav dan Khatami. Media pula memainkan peranan sebagai HEGEMONI PENIPU.

Pada ketika ini, Moshe Katsav cuba bertegur dan bersalaman dengan Khatami. Media ISRAEL memaparkan berita yang Moshe Katsav bersalaman dan saling berteguran di antara Khatami. Sedangkan Khatami menafikan sekeras-kerasnya. Berikut adalah perbualan mereka berdua:

Moshe Katsav: Salamun Alaikum. (menyapa Khatami dari belakang)

Khatami: Walaikum Salam Warahmatullah. (tidak menyedari siapa, lalu menjawab)

Moshe Katsav: Saya KELAHIRAN YADZ dan saya dahulu adalah jiran kamu. (sambil hulurkan tangan untuk salaman)

Khatami: Saya bukan kelahiran YADZ dan saya bukan jiran kamu. (tidak menyambut salaman dan terus beredar)

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah Moshe Katsav merupakan orang Yahudi Parsi dan lahir di Yadz, Iran. Khatami pula sememangnya menentang ISRAEL sekeras-kerasnya. Media pula melancarkan hegemoni bagi menipu dunia dengan memberitakan yang Khatami menghulurkan tangan dan berjabat sambil bertukar pandangan. Hal ini telah diceritakan sendiri oleh Moshe Katsav semasa ditemu ramah di wawancara perdana Rangkaian 2 TV Israel. Moshe Katsav mahu menyampaikan cerita seolah-olah IRAN menghormati ISRAEL walhal peristiwa tersebut tidak ada benarnya. Sehingga wujud kucar-kacir dan penentangan rakyat Iran terhadap berita ini. Mereka menyangka Khatami berbaik-baik dengan ISRAEL. Walau bagaimanapun, Khatami telah memperjelaskan melalui khutbah Jumaatnya.

Moshe Katsav pula adalah SYAITAN YANG NYATA. Malaon ini merupakan Presiden Israel sezaman di mana bala tenteranya, sejak Intifada Masjid Al-Aqsa 29 September 2000, membunuh 3600 orang Palestin, memenjarakan 8000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, menghancurkan 4170 rumah, merosakkan ladang-ladang serta membunuh 634 anak-anak Palestin. Kebanyakan anak-anak yang terbunuh adalah sedang dalam perjalanan ke sekolah, bermain dan berbelanja. Dia dilantik menjadi Presiden Israel pada Julai 2000. Pada September 2000 pula, dia melakukan PEMBINASAAN ke atas umat Palestin. Sebelum itu, malaon ini telahpun berkhidmat di dalam organisasi kerajaan Israel. Di atas sebab keagresifan malaon ini anti-Palestin maka malaon ini layak memerintah ISRAEL. Inilah hukum-hakam yang seharusnya dianuti bagi sesiapa yang mahu menjadi Presiden Israel! Mereka harus kejam!

Malaon ini juga songsang akhlaknya. Pada tahun 2006, malaon ini didakwa atas kesalahan merogol dan gangguan seks. Akhirnya pada 2007 malaon ini digugurkan. Ini adalah peristiwa biasa bagi malaon-malaon Israel. Pemerintahan akan bertukar sekiranya sesuatu objektif telah tercapai. Saya tidak pasti samada Moshe Katsav ini betul-betul songsang atau sebaliknya, namun semua ini adalah sebahagian daripada agenda ISRAEL dalam mengabui mata dunia. Selepas menaburkan KEZALIMAN dan KEKEJAMAN ke atas umat Palestin dengan jayanya, malaon ini akan 'dihukum' bagi mengaburi mata rakyat dunia. Seolah-olah dunia akan berasa puas hati dengan 'hukuman' tersebut yang merupakan kesalahan biasa yang rata-rata diamalkan oleh masyarakat dunia. Rogol dan gangguan seksual adalah amalan biasa di dunia ini.

Saya akan LEMPANG 88 kali jika ada orang cakap ianya luarbiasa. Kerana di Malaysia juga ada gangguan seksual secara 'jarjis menjarjis'. Di Malaysia juga ada gangguan seks. Di Malaysia juga ada PERISTIWA MEROGOL mahupun KAEDAH MELIWAT dan TAHAN BERAK selama 2 hari. Jadinya itu semua adalah biasa. Yang menjadi luarbiasa adalah MEMBUNOH dan MENYIKSA RAKYAT PALESTIN SECARA NYATA. Itu luarbiasanya. Moshe Katsav ini telah melakukan jenayah yang amat BERAT lalu dihukum pula dengan kesalahan ROGOL dan GANGGUAN SEKSUAL. Hebat sungguh ISRAEL. Syabbaasss! Oleh itu, jangan keliru dan tertipu. Ini semua permainan dan agenda ISRAEL.

Apa yang dapat saya lihat di sini adalah susuk ini lahirnya di Yadz, Iran. Artinya susuk ini merupakan kelahiran Iran dan juga warganegara Iran. Pendiasporaan malaon ini menyebabkan susuk ini emigrasi ke ISRAEL. Namun, susur galurnya sememangnya dari Iran. Jadi, ketika membaca artikel ini, janganlah pula 'spin' saya mengenai pendirian saya. Ada banyak makna di dalam artikel ini. Fahami betul-betul. Saya sudah letih dituduh macam-macam namun saya tidak kisah kerana saya tidak menghukum siapa-siapa mahupun mana-mana negara. Itu adalah pendirian saya. Apa yang saya buat adalah melihat sejarah dan kaji secara teliti. Saya bukanlah pemberi hukum. Kerajaan Malaysia adalah pemberi hukum kerana pada ketika ini JUDI sudahpun di HALALAN TOYYIBAN kan.

ISRAEL akan terus menerus menghantam umat Palestin. Agenda mereka tidak akan berhenti. New World Order telahpun diaktifkan. Adakah kita fikir masalah penyakit dunia saperti AIDS, HIV dan sebagainya tidak ada penawar? Adakah ini sejenis penyakit yang diturunkan dari Allah SWT yang tiada penawarnya? Adakah tuhan Allah SWT kejam sebegini? Jika anda berfikir sebegini, maka samalah keadaannya dengan pemikiran Bani Israel semasa dihalau dan dihinakan oleh Tentera Babilon dahulu. Mereka mempersoalkan di mana pertolongan Allah semasa mereka ditimpa bencana sedemikian rupa sedangkan bala itu disebabkan oleh perangai mereka sendiri. Hakikatnya, penyakit itu dicipta oleh mereka sendiri. Sila siasat apakah puncanya AIDS dan HIV. Sila siasat bagaimana penyakit ini tersebar. Sila siasat bagaimana DADAH menjadi agentur utama AIDS dan HIV. Jangan berkata penyakit ini tiada penawarnya kerana fikrah kita telah diperbodohkan lama oleh MEDIA.

Mereka menakut-nakutkan umat manusia dan mereka juga akan bertindak sebagai hero. Pada masa sekarang, senjata paling hebat, jerat paling kuat dan penyakit paling cepat adalah AIDS dan HIV. Umat Malaysia pula hancur dengan dadah. Adalah bodoh mengatakan pembedungan masih tidak boleh dicapai sedangkan Malaysia telah merdeka lebih kurang 53 tahun namun dadah masih lagi berkuasa! Saya ada artikelkan mengenai dadah kokain ditemui di dalam pesawat CIA. Jadinya, tafsiran selebihnya mengikut selera sendiri. Berfikir untuk menjadi manusia bukan berfikir untuk menjadi BERUK.

Bagi yang bermazhab KEBETULAN, sila abaikan tulisan ini. Pergi tengok Akademi Fantasia. Bodohnya Akademi Fantasia adalah menilai penyanyi tapi pengadilnya pun tak pas menyanyi. Artinya, si bodoh menilai si mahu jadi bodoh. Dan, akhirnya semua jadi bodoh! Bolehkah penilai musabaqah terdiri daripada orang yang tak pernah bermusabaqah? Jadi, sudah terang dengan lampu kalimantang, umat Malaysia sedang diperbodoh-bodohkan oleh hegemoni pembeku minda. Menyanyi, menyanyi dan terus menyanyi.. Menyanyilah sepuas-puasnya. Rayakan nyanyi dengan gumbira.. Biarkan mereka.. Biarkan.. Anak Melayu terkinja-kinja..